Global Qurban Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang memberikan tumpuan kepada perkhidmatan ibadah qurban dan aqiqah. Perkhidmatan ini dilaksanakan di negara umat Islam yang berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Untuk tahun 1446H/2025M ini, perlaksanaan qurban dan aqiqah akan di lakukan di Mekah, India dan Kemboja.
Perlaksanaan perkhidmatan ini akan dilakukan oleh kakitangan syarikat yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan ibadah qurban dan aqiqah di luar negara. Global Qurban berhasrat untuk menjadi satu jenama perkhidmatan qurban dan aqiqah yang diyakini dan profesional disamping dapat membantu umat islam di luar negara yang lebih memerlukan.